WARGA SK SRI KELEWEK BENCI DADAH

WARGA SK SRI KELEWEK BENCI DADAH

Monday, February 21, 2011

PAMERAN AADK



Pameran AADK Cawangan Tanah Merah yang diadakan di perkarangan sekolah SK Sri Kelewek.


Sunday, February 13, 2011

Kempen

Hak milik @ PPDa SK Sri Kelewek

Hak Milik @ PPDa SK Sri Kelewek

Saturday, January 22, 2011

Ikrar Anti Dadah

Bahawasanya Kami Rakyat Malaysia Berikrar Untuk Menjauhkan Diri Dari Dadah Pada Setiap Masa Dengan: Memenuhi Masa Lapang Dengan Kerja-Kerja Yang Berfaedah; Melibatkan Diri Dalam Aktiviti aktiviti Yang Berguna Dan Berfungsi Kepada Masyarakat; Menjadi Rakyat Berilmu, Berakhlak Mulia Dan Mengamal Cara Hidup Sihat Dan Cergas; Menyediakan Diri Untuk Mengisi Keperluan Wawasan, Dan; Membantu Segala Usaha Bagi Membebaskan Negara Malaysia Dari Ancaman Dadah

ORIENTASI PPDa-PETRONAS SEKOLAH RENDAH

Pengenalan

Permuafakatan program PPDa antara Kementerian Pelajaran dan PETRONAS yang termeterai adalah sejajar usaha semua pihak memastikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 tercapai. Fokus pelaksanaan program adalah kepada aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang memberi peluang kepada pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang akibat penyalahgunaan dadah dan langkah pencegahan untuk menghindari diri dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ia juga selari dengan usaha membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Selain itu ia membentuk nilai PPDa iaitu budaya sihat, tingkah laku positif, amalan nilai murni dan sikap benci dadah dalam kalangan warga sekolah.

Tujuan program ini juga adalah untuk mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah selain menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat pelajar daripada terlibat dengan dadah. Melalui permuafakatan tersebut ia memberi peluang penglibatan ramai pelajar dan memberi pengalaman kepada pelajar untuk meningkatkan motivasi ke arah kecemerlangan hidup.

Pada tahun 2011 program ini diadakan di SK Sri Kelewek. Sebanyak 45 buah sekolah mengambil bahagian pada kali ini.


Sekian, terima kasih.